Monday, 18 May 2020

Covid-19: Aktiviti Lasak Saya Terhenti

0 comments
HOBI tersekat di musim wabak Covid-19 tidak mematah semangat untuk saya meneruskan aktiviti mendaki gunung atau merentasi hutan pada waktu lain. Walaupun terhenti seketika aktiviti lain untuk kesihatan peribadi masih diteruskan.

Aku yakin ramai yang hobi sama tidak dapat melakukan pendakian seperti biasa, namun saya percaya aktiviti kesihatan bentuk lain masih diteruskan.

Secara jujurnya kepuasan seorang peminat aktiviti lasak seperti saya tidak akan capai kepuasan maksima walaupun aktiviti lain boleh dilakukan mengikut SOP Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).

Ya, memang saya tertunggu-tunggu waktunya untuk beraktiviti secara bebas seperti sebelum wabak Covid-19.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Ilahi agar penyakit yang sedang melanda dunia cepat dihentikah.

Kepatuhan kepada arahan pihak Kerajaan juga patut dikekal sehingga diumumkan negara ini benar-benar selamat.




No comments:

Post a Comment