Friday, 14 June 2019

Ronda Hutan Simpan Gunung Tampin

0 comments
Saje-saje ronda kawasan Hutan Simpan Tampin Negeri Sembilan.

Maklumlah kerja kampung, dah tentulah masa terluang sentiasa terbuka.

Masa yang terluang digunakan untuk ronda hutan sambil melihat panorama indah semulajadi adalah lebih baik dari termenung entah apa-apa.

Hari ini sebelum memijak kaki di Hutan Simpan tampin sempat aku rakam gambar akar yang membentuk kalimah Allah. (Lihat Gambar)

Akar yang membentuk kalimah Allah

Pokok akar kalimah Allah
 tumbuh atas batu. Ukur lilit batu lebih kurang 40 kaki 


1- Akar membentuk Kalimah Allah ini boleh dilihat dengan jelas/mata kasar.

2- Lokasi terletak dipinggir Kg Seri Kendong Kota Negeri Sembilan ada juga yang gelar Kg Ulu Kendong.

3- Kebiasaannya, mereka yang datang menginap di Nawawi's Cottage tidak akan lepas peluang untuk mengambil pakej Jungle Trekking untuk melihat akar kalimah Allah.

 Pokok gergasi ini terletak di Hutan Simpan Tampin, 45 minit perjalanan dari Nawawi's Cottage, laluan ke pokok itu agak mencabar kerana laluan berbatu( lihat gambar).

Pokok gergasi Hutan Simpan Tanpin


Juntaian akar pokok gergasi di atas batu
jelas kelihatan

Pada mereka yang mengambil pakej Jungle Trekking ketika booking untuk menginap di Nawawi's Cotage kebiasaanya akan dapat melihat akar kalimah Allah dan pokok gergasi tumbuh atas batu.

Gambar menarik lain yang di muat di artikel ini adalah di hutan Simpan Tampin, hampir dengan puncak gunung.

Ketika berehat kebiasaannya aku akan pilih tempat tinggi, kebiasaanya atas batu. Bukan apa hanya untuk elak diserang binantang buas, jadi aku harus berhati-hati.

Untuk elak digigit nyamok semasa berehat, aku akan bakar ranting kering kayu, sebelum sambung perjalanan aku pastikan api dimatikan 100%.

Kalau untuk hiking selama 3 - 4 jam aku sediakan 6 liter air minuman dan sebungkus roti. Aku tak lupa bawa sebilah parang dan kayu untuk di jadikan tongkat.

Hiking hutan seorang diri memang mencabar, segalanya kena tanggung sendiri termasuk keselamatan.

Sempat juga tangkap gambar sendiri dilaluan yang dibina TNB.




















No comments:

Post a Comment