Wednesday, 8 May 2019

Ketenangan Dikawasan Hutan Tingkat Jati Diri

0 comments
Gambar dirakam penulis ketika Hiking dikawasan hutan berbatu


Artikel pertama blog ini mengisahkan ketenangan dan kedamaian dikawasan hutan berbukit dan bergunung meningkat jati diri.
Sesiapa sahaja mengatakan ah!!! Sungguh damai,, indah bagaikan lukisan alam ketika berada dikawasan hutan. Lupa kepenatan dan masa yang diambil untuk hiking.

Aku bukan pakar dalam bidang Hiking Hutan, kalau hiking pusat beli belah atau pasar malam mungkin tersenarai atau terpilih masuk carta 10. Ha ha ha.
Setahun lalu aku cuba-cuba memasuki hutan secara solo, itu pun sekitar dekat-dekat dengan kediaman, kira-kira 4 kilometer sahaja.

Lama kelamaan jadi ketagih pula, apa taknya, ‘ kalau dah melihat keindahan hutan bagaikan lukisan alam, oh memang sangat menarik.
Sukar digambarkan dalam tulisan ini.. lain kali aku pamirkan gambar-gambar menarik di blog ini agar kau orang dapat bayangkan betapa indahnya alam semula jadi.

Apa kau orang ingat aku hiking dengan group ke?, jawabnya tidak sama sekali,,, habis tu, habis tu aku lebih suka solo hiking walupun segala tanggung jawab dipikul sendiri setelah keputusan dibuat.

Aku juga tidak suka melalui trek atau laluan yang biasa digunakan pendaki, bagi aku ia tidak menarik pandangan mata aku, ibarat aku pandang bekas orang yang telah habis makanan,,, ha ha ha berlagak aku kan,, sebenarnya tidak begitu, kau orang kena ingat!, setiap orang punyai cita rasa berbeza dalam apa jua tujuan,, betulkan?,… kan kan kan…

Haiking hutan sebenarnya dapat tingkat jati diri,, ye ke? Kalau tak ada jati diri tinggi kau orang akan panik, apa lagi bagi yang pilih untuk solo hiking, yang ber-group haiking banyak bahu boleh disandarkan, banyak tangan tempat berpaut. Sebab itu aku kata,’ solo hiking akan memikul tanggung jawab sendirian setelah keputusan dibuat.

Sabar,,, tunggu artikel kedua.

No comments:

Post a Comment