Wednesday, 6 January 2021

Solo hiking uji kekuatan dan keberanian diri

0 comments

 Salam semua kepada kaki hiking seluruh Malaysia.

Seperti biasa aku hiking secara solo, bukan apà, kerana tiada kawan yang nak ikut kepala batu aku ni.

Kebanyakkan kawan2 suka hiking kawasan yang ada trek atau laluan yang telah sedia ada.

Bagi aku jika ikut trek  pengalaman dan cabaran tidak sama dengan cara redah apa sahaja halangan untuk sampai ke puncak gunung.

Nak cerita bahaya, memang sangat bahaya, lagi2 hiking secara solo.

Bab sesat jangan ceritalah beb... memang aku sendiri berbelas kali sesat... tapi aku tak panik ,, kata orang tua2 gelabah beruk gitu.

Hiking secara solo sangat bahaya, apa sahaja halangan, ganguan mestik, binantang buas, terjatuh hinģga seliuh kaki, tangan dan sebagainya mesti dihadapi seorang diri.

Pernah 2 kali diganggu mestik hutan, bukan calang2 nak atasinya,... kebanyakan orang cerita LANGSUIR wujud waktu malam.

Tapi  aku menghadapi makhluk tak jelas rupa wajahnya pada siang hari, jam 3:45 petang.

Seperti biasalah,.. sesiapa sekalipn jika badan penat pasti nak rehat sejenak.





Aku pun begitu.... sedang aku baring atas batu berhampiran pokok yang agak besar dan akarnya memang menarik sesiapa melihatnya( gambar ) tak sangka-sangka aku dengar suara macam anak kecil menangis.


Padà awalnya aku tak peduli,..lama-lama suara senakin kuat, lain macam pula bunyinya.

Aku mula tercari2, intai atas, bawah, terhendap2, bila angkat muka keatas,, alamak, fuhhhh rasa nak terkuncil pula.

Apa tidaknya, satu lembaga terang gelap, rambut panjang tapi muka tak jelas duduk di satu dahan.

Tahu2 sajelah,,, berani macammana pun manusia takut tetap ada.

Dalam situasi takut aku mengawal diri  dan bergerak secara perlahan-lahàn, nak cepat tak boleh sebab atas batu, kalau cepat mungkin kaki aku akan terjerlus  kedalam lubang dicelah2 batu dan tidak mustahil akan seliuh atau patah.

Kira2 30 kaki dari pokok tempat entah apa makhluk duduk,,, keberanian aku bertambah,,,, aku potong kayu dan baling kearah makhluk  itu ,.. tetiba makhluk tersebut ghaib dan suara tangisan juga hilang.

Sebelum aku bergerak  menuju arah lain di hutan pergunungan yang sama, aku merakam gambar dan kawasan itu untuk kenangan.

Pendakian aku tamat dan pulang dengan selamat, sebelum sampai ke kediaman, sempat juga menyegarkan badan ... 

Semuga para pendaki tidak panik jika ada sebarang ujian...

Jumpa lain kali.


Lokasi hutan gunung aku rahsiakan....


No comments:

Post a Comment