-Pokok Cupu- |
Hari ini aku merayau bukan merayap dihutan hujan tropika termasuk bahagian akhir banjaran Titiwangsa.
Sebelum berjela-jela, aku cerita sikit berkaitan Banjaran Titiwangsa.
Banjaran Titiwangsa sebenarnya mengajur dari selatan negara Thailand hingga ke gunung Ledang di negeri Johor dan Johor pula berada dalam negara Malaysia bukannya dalam negara pasir dua butir.
Pekara asas yang aku nak cerita dalam artikel ini berkaitan pokok kayu yang jarang-jarang ditemui.
-Buah Cupu- |
Ribuan hektar dah aku telusuri tanah berhutan batu, berbukit bukau, bergunung ganang pada 2018-2019 hanya sebatang sahaja pokok CUPU yang aku temui.