Saturday 8 February 2020

Meninggal dunia akibat sesak nafas hiking Bukit Besar

0 comments
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti ‘hiking’ di Bukit Besar, Kuala Terengganu, petang tadi.

Mangsa, Yusof Omar, 59, dari Kampung Batu Burok, di sini, dikatakan melakukan aktiviti hiking menerusi laluan denai bukit berkenaan.

Bagaimanapun, ketika berada di puncak, mangsa yang juga kakitangan sebuah jabatan kerajaan dikatakan mengalami sesak nafas sebelum rebah di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.40 petang.

Difahamkan, orang ramai yang berada di kawasan itu kemudian mengangkat mangsa untuk dipindahkan ke trak tar sebelum menghubungi Balai Bomba Kuala Terengganu (BBP) dan ambulans.

Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sejurus menerima panggilan daripada orang awam, empat orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membawa turun mangsa dari puncak bukit berkenaan.

Mangsa diturunkan daripada puncak Bukit Besar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa kemudian dibawa ke HSNZ menggunakan ambulans hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi har ini.

Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa kemudian dibawa ke HSNZ menggunakan ambulans hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi har ini.

Difahamkan, mangsa dikatakan meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.

-BERITA HARIAN


No comments:

Post a Comment