Saturday, 21 December 2019

Makhluk halus di hutan tidak karut

0 comments
Salam sejahtera keatas kamu semuga di lindungi yang Esa dalam kerja buat kita.

Saya kata, dunia hobi setiap individu berbaza, ada suka hiking bukit berhutan, ada suka laut, ada suka permotoran dan sebagainya.

Oleh kerana saya salah seorang yang mempunyai hobi hiking, bukit/gunung, ceritanya juga berkaitan.

Dengan usia menuju lingkungan warga emas, saya tidak hebat seperti remaja, namun dengan kesihatan yang dikurniai Ilahi masih lagi mampu mendaki bukit setinggi 1,200 kaki. Lebih tinggi lagi rasanya tak mampu.

Sesuai dengan usia, walaupun langkah perlahan, destinasi dituju sampai jua.

Saya gemar melakukan aktiviti mendaki secara solo sama ada siang atau malam dan tidak menjadi pekara pelik bagi individu ada hobi sama.

Kalau tidak ada pengalaman luas tidak bererti individu dilarang melakukan pendakian secara solo.

Bermulalah dikawasan bukit rendah untuk mengutip pengalaman asalkan kerap melakukan.
 Youtube saya.. #SPORTHUTAN
Belajar mengenal bahaya melalui permukaan bumi, bunyi, rasa diri, cuaca. Sekiranya pekara itu dapat di hafal dan diperhalusi masa kesemasa kecekapan akan meningkat, secara tidak langsung jati diri dan keberanian akan melangkah ke tahap tinggi sesuai dengan individu.

Dengan sedikit pengalaman yang ada, saya juga kerap bertanya kepada masyarakat kampung, apakah ada binantang buas/bahaya yang ada dikawasan yang akan lakukan pendakian.

Selain bimbang sesat, pasti ada satu bahaya akan menanti jika setiap pendaki leka disaat melangkah.

Berdoalah kepada Allah, mintalah pertunjuk, kerana Allah maha mengetahui diatas segala sesuatu.

Sebagai pendaki solo, bohong jika saya tidak pernah diganggu makhluk halus. Saya tidak mahu berkongsi agar tidak berlaku ketahyulan.

Pernah juga sesat menuju arah keluar, berpusing beberapa kali dikawasan sama, namun tidak panik, saya cari tempat untuk labuhkan punggung. Setelah membaca surah Fatihah, ayat Kursi, pandangan mata tidak lagi rasa terhalang.

Syukur akhirnya saya selamat keluar dan sampai ke kediaman.

Kalau ada yang kaitkan hutan dengan makhluk halus, ya, ia bukan cerita karut.

Setakat ini dulu, jumpa lain kali....semuga kita semua dilindungi Allah.

No comments:

Post a Comment