Friday, 10 May 2019

Elak duduk tempat macam ini dihutan

0 comments
Kerana hobi sudah pasti terasa rindu jika beberapa hari tidak jejak kaki dikawasan hutan.

Tak mampu atau tidak sempat dengan masa untuk berjalan jauh, sekitar 2 atau 3 kilometer sudah puas rasanya.

Hari ini aku hanya mampu menghabiskan masa 2 jam dihutan, kalau mendaki kepuncak pastinya tidak cukup, maknanya aku tidak mendaki gunung.


Pusing kanan, pusing kiri, tengok atas, tengok bawah, terlihatlah satu akar bersaiz besar. Kedudukannya pula antara dua pokok, macam buai .

Aku pun tinjau kawasan sekitar,  macam ada kesan makhluk berbuai sebelum ini. Mungkin kera atau beruk, atau juga lotong yang bermain disitu.

Dibahagian tanah pula penuh dengan daun kering. Kata orang kalau jumpa akar macam tu, jangan suka-suka duduk berbuai, nanti kan berebut pula dengan anak jin.

Lama juga aku tunggu tanda-tanda adanya jin. Tak usah ditanya cam mana tandanya... kau orang boleh rasa sendiri kalau sering ke hutan...tak caya boleh cuba,' apa salahnya.

Dah tu, aku pun duduk atas akar, best juga tau,,apa yang aku pikir selepas itu, aku nak potong akar tu, nak bawa keluar nak jadikan bahan landskap.... cantik kan..

Note* jangan suka-suka duduk, atau bermain disekitar seperti kawasan dalam gambar yang kau orang tengok tu...

Ya Allah ampunkanlah daku sekiranya artikel ini menjurus kearah mungkar.











No comments:

Post a Comment